"Ya Tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengurnia. Hai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah mengumpulkan manusia untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji". 

- [Aali Imran : 8-9]

—-

nota kaki : pertahankanlah kebenaran. kerna tiada yang lain lagi sesudah kebenaran itu kecuali kesesatan. semoga doa-doa kita kita diaminkan sejagat raya dan terus sampai ke riba Tuhan..

hari ini perhatikan sikap kita, hentikan nak label orang dan jaga jangan kita bajet bagus sangat.

tutup kebaikan kita sebanyak mungkin macam mana kita cuba sembunyikan kejahatan.

itulah ikhlas.

—-

kredit ; Prof Dr Muhaya Hj Mohamad.

Terkadang,
terlalu menyatakan rindu.
Buat kita rasa tak diperlukan.
Terlalu mempamerkan sayang.
Buat kita sering rasa terbuang.
Terlalu meluahkan cinta.
Buat kita kerap dihimpit kecewa.
Terlalu merasa kasih.
Buat kita rasa tersisih.

Ada baiknya kita simpan apa yang kita rasa.
Biar jadi rahsia.
Kita jadi biasa-biasa saja.
Seperti tiada apa-apa.
Biar kita jauh dari rasa luka.

Tapi itulah cinta.
Bukan sebanyak mana kita menerima.
Tapi seikhlas mana kita memberi dan berkongsi rasa.
kerana ikhlas itu sukar disukat.
Tapi amat mudah diperlihatkan.
Terlahir dalam setiap apa yang kita buat.

kredit : Prof Dr Muhaya Hj Mohamad.

——

nota kaki : semata-mata petikan ayat untuk motivasi diri. yang sedang rapuh waktu ini. semoga terkesan, dan bikin tebak dalam-dalam pada hati..

””

115) Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?.

116) Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. 

117) Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. 

118) Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!”.

””

- Surah Al-Mu’minun [ayat 115-118].

—-

nota kaki : beberapa bulan kini adalah bulan kesihatan yang tidak memberangsangkan. dan ia banyak berkait dengan semangat. dan jiwa. dua hari lepas, tubuh aku panas seperti akan meletup. sengal pada bahagian bawah perut dan tulang belakang seperti ada sembilu yang mencucuk. sehingga lewat malam tadi, terjaga sudah di ruang hospital. mohon doa, doa dan doa. agar aku sembuh dan kembali sihat sepenuhnya, juga mampu keluar. keluar untuk melihat. melihat keajaiban untuk aku…

"Do What Are You Going To Do!!.."

tak.
aku bukan kata kehidupan ini perjudian.

aku kata langkah.

…and I will tell about it,”.

—-

Anonymous said: petik - petik kod melodi sepanjang tali temali gitar,..tu lagu apa ye ? TQ

oh.
bonda by melly goeslow.
;)

kredit pinjam kata-kata dari fynn jamal.

—-

nota kaki : kesucian yang abadi adalah membesar agungkan nama Tuhan dengan setulus hati. semoga iduladha kali ini, Tuhan masih beri ruang dan kesempatan untuk kita-kita kumandangkan takbir hingga bergema ke seluruh alam. sekian, salam Idul Adha 1435 hijrah..

saat kau menghina aku dengan rasa jijik yang paling bawah dalam hati kau. setiap sedu dan tangis yang jatuh buat aku berfikir kembali. betapa tidak layaknya seorang kau untuk hadir dan kembali dalam hidup aku kini.

setiap caci maki yang aku dapat, aku tahankan. aku tidak mengungkit walau sedikitpun, rasa tahi yang kau lemparkan. aku diam. aku tak mencari dan aku terus melupakan.

cukup untuk aku rangkul pada pinta Tuhan. biar aku tetap teguh, tidak lembik.

dan paling utama. tidak jatuh!

——

p/s : sedikit celaka. bila tanpa sebarang sebab, maki hamun hentak pada muka. buat manusia yang boleh aku gelar separa binatang, ini aku mahu pesan. kau cumalah mayat yang telah lama aku kebumikan. dan tidak pula aku akan lewat menziarahi, apatah lagi untuk aku doakan kesejahteraan. kau dah luput lenyap dalam dunia. mengulang dengar lagu ini bikin rasa sedemikian menebak-nebak..

biar aku beritahu,
aku mempunyai tiga dunia.

yang setiap darinya,
perbezaannya seperti hitam dan putih.

dunia pertama ;
tempat aku menghadapi manusia.

dunia kedua ;
tempat kamu melihat aku.

dunia ketiga ;
tempat kamu mempunyai soalan tentang aku. di mana kamu percayakan kesangsian.

tapi hakikatnya.
esok bila bulan tenggelam dan diganti matahari,
kamu bukan manusia yang sama lagi.

—-